Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Advance Lumion dan Sketch Up

Kursus Advance Lumion dan Sketch Up

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Advance Lumion dan Sketch Up pada 18 – 20 Febuari 2025 yang lalu secara fizikal.


Satu orang penceramah dan dua fasilitator telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para peserta. Penceramah dan fasilitator tersebut ialah:

  1. En Mohd Jafni bin Mohd Amer, Penolong Pengarah/Arkitek Landskap dari Bahagian Khidmat Teknikal, Jabatan Landskap Negara
  2. En Meor Yusro bin Meor Saadon Sofian, Penolong Arkitek Landksap dari Bahagian Taman Awam, Jabatan Landskap Negara
  3. En Muhamad Azuha bin Ramli, Penolong Arkitek Landskap dari Bahagian Pembangunan Landskap, Jabatan Landskap Negara

Para peserta didedahkan dengan penggunaan perisian Lumion dan sketch up iaitu dua perisian komputer yang sering digunakan dalam menggambarkan (visualisasi) sesuatu cadangan projek pembangunan landskap bagi memudahkan sesi perbincangan dan pembentangan ke pihak pelanggan dan orang awam. Perisian ini mampu mensimulasikan cadangan idea-idea dan reka bentuk cadangan pembangunan projek atau bangunan dengan lebih mudah, cepat dan menarik melalui kepelbagaian kaedah pencorakan suatu tampakan dengan menghasilkan gambaran yang menarik dan prologik.

Kursus dijalankan secara fizikal dalam makmal komputer dan secara hands-on dimana objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk:
i. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam perisian Lumion dan Sketch up dalam menghasilkan reka bentuk landskap.
ii. Membantu para peserta untuk menvisualisasikan gambaran pembangunan landskap kepada klien atau orang awam terhadap sesuatu cadangan pembangunan landskap baharu atau sedia ada.

Diharap para peserta dapat mengaplikasikan perisian/applikasi yang dipelajari khususnya semasa proses perancangan dan reka bentuk landskap terhadap sesuatu cadangan projek yang akan dilaksanakan.