Kursus Asas Pengoperasian dan Pemetaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Negeri Sabah
Kursus Asas Pengoperasian dan Pemetaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 19 – 21 Mei 2026 bertempat di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. Seramai 25 orang pegawai terdiri daripada kakitangan teknikal Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, telah menghadiri kursus ini yang bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan proses dan penggunaan drone di dalam melaksanakan perancangan fizikal serta pendedahan kepada peserta kursus berhubung aktiviti pra penerbangan drone.

Melalui kursus ini, peserta memahami asas pengoperasian UAV serta pemprosesan data yang berkualiti selain latihan praktikal untuk aplikasi kerja sebenar di lapangan. Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat membuka peluang kepada peserta untuk menerokai kaedah pemetaan baharu yang lebih efisien serta memperkukuhkan keupayaan teknikal jabatan dalam menyokong agenda pendigitalan dan pembangunan pintar Negeri Sabah.


