Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

KURSUS EXECUTIVE TALK: LANSCAPE MASTER PLAN (LMP) TOWARDS SUSTAINABLE LANDSCAPE DEVELOPMENT IN MALAYSIA

KURSUS EXECUTIVE TALK: LANSCAPE MASTER PLAN (LMP) TOWARDS SUSTAINABLE LANDSCAPE DEVELOPMENT IN MALAYSIA

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah menganjurkan Kursus Executive Talk: Lanscape Master Plan (LMP) Towards Sustainable Landscape Development In Malaysia pada 25 Mac 2025 yang lalu secara atas talian (Online).

Dua orang penceramah telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman untuk para peserta. Penceramah tersebut ialah:

1. Puan Aliza Azlin Bt Md Dzulkifli, Penolong Pengarah Kanan/Arkitek Landskap dari Bahagian Pembangunan Landskap, Jabatan Landskap Negara

2. LAr. Encik Mohd Fadhli bin Abdul Manaf, Direktor/ Perunding Landskap dari Mensayu Sendirian Berhad.

Pelan Induk Landskap (PIL) merupakan satu dokumen pernyataan bertulis yang mengandungi perancangan pembangunan landskap yang mengandungi pelan tindakan jangka sederhana dan panjang untuk tempoh 10 tahun bagi sesebuah kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT). Sesi siri ‘Executive Talk’ ini diadakan bagi tujuan membicarakan kepentingan dan peranan pelan induk landskap (PIL) sebagai alat (tool) dalam proses perancangan pembangunan landskap yang komprehensif, mampan lagi efisien dalam konteks pembangunan keseluruhan infrastruktur di Malaysia.

Sesi ini akan melihat pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan landskap dilaksanakan berdasarkan panduan daripada dokumen PIL sama ada disediakan melalui kos peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara (JLN) mahu pun melalui inisiatif peruntukan daripada pihak PBT sendiri.

Peserta juga didedahkan bagaimana hendak mendapatkan hasil kajian dan dokumen PIL yang berkualiti berdasarkan potensi tapak dan input-input penting kajian dalam kawasan PBT untuk tujuan perancangan pembangunan landskap yang effisien selaras dengan perubahan trend teknologi dan digital disamping merujuk kepada Dasar Landskap Negara serta dasar-dasar semasa kerajaan .

Kursus dijalankan secara atas talian (online) dimana telah dihadiri oleh peserta seramai 145 orang peserta daripada PBT dan Agensi yang terlibat, dimana objektif utama pelaksanaan kursus ini adalah untuk;-

i. Peserta didedahkan dengan ciri-ciri bagaimana mendapatkan hasil kajian dan dokumen PIL yang berkualiti berdasarkan potensi tapak selaras dengan perubahan trend teknologi dan digital disamping merujuk kepada Dasar Landskap Negara serta dasar-dasar semasa Kerajaan.

ii. Melihat pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan kajian PIL sama ada melalui peruntukan Jabatan Landskap Negara mahu pun diusahakan sendiri melalui peruntukan pihak PBT.

Diharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan perkongsian yang dipelajari.