Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Jati Diri Madani

Kursus Jati Diri Madani

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) dengan sukacitanya telah menganjurkan Kursus Jati Diri Madani pada 23 hingga 25 April 2025 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kelantan. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif dalam membentuk dan memperkukuh nilai-nilai murni, semangat kerja berpasukan serta jati diri dalam kalangan penjawat awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti fizikal, latihan kendiri dan pengisian rohani telah dilaksanakan bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta. Program ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk mengasah kemahiran insaniah, malah turut memperkukuh integriti, disiplin serta komitmen terhadap amanah perkhidmatan.

Warga I-KPKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus ini, khususnya kepada pasukan fasilitator dan jurulatih yang berdedikasi, urus setia yang komited, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bachok yang menyediakan kemudahan latihan yang selesa, serta semua peserta yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menerusi Kursus Jati Diri Madani ini dapat dimanfaatkan dalam memperkasa perkhidmatan awam yang cemerlang, berintegriti dan berteraskan nilai-nilai MADANI.