Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berjaya dilaksanakan pada 19 Ogos 2026 yang lalu secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 363 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang telah disampaikan oleh Tuan Mohd Khairi bin Mohd Yatim daripada Bahagian Keselamatan Tapak Bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya, bertujuan untuk membolehkan peserta memahami konsep, prinsip serta amalan terbaik dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Melalui perkongsian ilmu dan pendedahan kepada garis panduan serta prosedur keselamatan yang berkaitan, peserta dapat mengenal pasti risiko, bahaya serta langkah-langkah pencegahan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Peserta turut didedahkan dengan tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping kepentingan budaya keselamatan dalam organisasi.

Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat melahirkan barisan pegawai yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras dengan hasrat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Khairi bin Mohd Yatim selaku penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan kursus ini.