Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Pemantapan Intergriti Dalam Perolehan PBT

Kursus Pemantapan Intergriti Dalam Perolehan PBT

Pusat Pengajian Pemahaman Undang-Undang dan Penguatkuasaan I-KPKT telah mengadakan Kursus Pemantapan Intergriti Dalam Perolehan PBT dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Kursus yang dihadiri seramai 36 orang peserta dari Pihak berkuasa Tempatan (PBT) seluruh malaysia yang terpilih diadakan dari 15 hingga 17 julai 2025 mendapat sambutan yang mengalakkan.

Kursus ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai PBT mengenai kepentingan pematuhan terhadap prinsip integriti dan ketelusan dalam perolehan, serta memahami implikasi kecuaian yang mungkin berlaku.

Diharap kursus ini dapat mengukuhkan integriti dan sikap disiplin peserta dalam melaksanakan tugas sebagai peegawai yang menguruskan hal ehwal perolehan jabatan serta membantu membangun pelan tindakan diri untuk memastikan satu pasukan kerja yang berkesan dapat diwujudkan.