Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Pemantapan Pengurusan PBT dalam Penghayatan Madani

Kursus Pemantapan Pengurusan PBT dalam Penghayatan Madani

I-KPKT dibawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan telah mengadakan KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PBT DALAM PENGHAYATAN MADANI yang telah berlangsung dengan Jaya nya pada 3 Mac 2026.

Seramai 450 orang peserta dari pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan telah mengikuti kursus ini yang telah disampaikan oleh Puan Fazrin Nazmi binti Zainol Abidin dan Encik Mohd Azrul bin Mat Said daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Kursus ini bertujuan untuk:

  • Memberi kefahaman yang jelas mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai kerangka pembangunan negara yang berteraskan nilai dan kemanusiaan.
  • Meningkatkan kesedaran peserta tentang enam teras utama Malaysia MADANI, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan, serta kepentingannya dalam pembangunan negara.
  • Membentuk jati diri dan budaya kerja cemerlang yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam kalangan penjawat awam dan anggota organisasi.