Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Pengenalan kepada Behavioural Insights dalam Penggubalan Dasar Pihak Berkuasa Tempatan

Kursus Pengenalan kepada Behavioural Insights dalam Penggubalan Dasar Pihak Berkuasa Tempatan

I-KPKT di bawah Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan telah menganjurkan Kursus Pengenalan kepada Behavioural Insights dalam Penggubalan Dasar Awam PBT pada 18 hingga 20 Mei 2026. Kursus ini telah berlangsung di Bilik Kuliah Pengurusan Perumahan dan disampaikan oleh Tuan Muhammad bin Abdul Hamid, selaku Perunding Behavioural Insights.

Objektif Kursus

Kursus ini diadakan bagi memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai konsep asas Behavioural Insights serta peranannya dalam meningkatkan keberkesanan dasar awam. Melalui kursus ini, para peserta dapat:

  • Memahami faktor tingkah laku manusia yang mempengaruhi tahap pematuhan masyarakat terhadap peraturan dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Mengaplikasikan pendekatan Behavioural Insights dalam merangka program, kempen, atau inisiatif yang berkaitan dengan fungsi PBT.
Kehadiran dan Penghargaan

Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dihadiri seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan dari seluruh Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Pihak penganjur mengucapkan syabas, tahniah, dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung.