Kursus Tatacara Perolehan dan Penyediaan Kontrak Kerajaan
22–24 September 2026 – Pusat Pengajian Pemahaman Perundangan dan Penguatkuasaan, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah berjaya melaksanakan Kursus Tatacara Perolehan dan Penyediaan Kontrak Kerajaan secara bersemuka yang bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.
Kursus selama tiga hari ini telah disampaikan oleh Ts. Mohd Khairul Helmie bin Abd Jabar, dari Bahagian Pasukan Pengurusan Projek Sistem eWorks, Unit Projek, Dasar dan Kontrak, Kementerian Kewangan.

Seramai 37 orang peserta telah mengikuti kursus ini dengan penuh komitmen sepanjang sesi berlangsung.
Penganjuran kursus ini bertujuan memperkasakan tahap kefahaman serta kemahiran para pegawai dalam tatacara perolehan dan penyediaan kontrak kerajaan yang lengkap dan tepat, khususnya dari aspek pematuhan kepada peraturan perolehan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.
Kementerian amat menitikberatkan aspek ketelusan, integriti serta pematuhan prosedur dalam setiap proses perolehan dan penyediaan kontrak, bagi memastikan setiap urusan dilaksanakan dengan cekap dan bebas daripada sebarang isu ketidakpatuhan.
I-KPKT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ts. Mohd Khairul Helmie bin Abd Jabar selaku penceramah, serta semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

