Majlis Perasmian Kursus Intelektual Pengurusan Sisa Pepejal (SOSMIC) 2026
Satu anjakan paradigma dalam memacu transformasi sektor pengurusan sisa pepejal negara!
Pada Rabu, 22 April 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Kursus Intelektual Pengurusan Sisa Pepejal (SOSMIC) bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.
💡 Mengapa SOSMIC Penting?
SOSMIC merupakan kursus intelektual pertama dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia yang dibangunkan melalui kolaborasi strategik antara:
- Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
- Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)
Inisiatif berimpak tinggi ini memfokuskan kepada peningkatan profesionalisme pemegang lesen, pemantapan pemahaman perundangan, serta pengukuhan standard industri selaras dengan Akta 672 dan aspirasi Malaysia MADANI.
🏆 Penghargaan Khas: Peneraju Terawal SOSMIC
Bagi menghargai komitmen tinggi pemain industri, majlis turut menyampaikan penghargaan khas kepada 6 buah syarikat terawal yang mendaftar bagi setiap kategori lesen perkhidmatan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada:
- Syarikat Semaju Environment Sdn. Bhd.
- Syarikat Varia Selatan (M) Sdn. Bhd.
- Syarikat Amm Khirtiga Enterprise
- Syarikat Mercuhana Sdn. Bhd.
- Syarikat YH Energy
- Syarikat Faza Maju
Komitmen padu antara pihak Kerajaan dan pemain industri adalah kunci utama ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih bersih, hijau, dan mampan!

