Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan/Maklum Balas
Peta Laman

MoU Antara I-KPKT dan Universiti Awam

MoU Antara I-KPKT dan Universiti Awam

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga (3) universiti awam terkemuka iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan International Islamic University Malaysia (IIUM) bertempat di I-KPKT, Bukit Tinggi pagi ini.


Majlis menandatangani MoU ini diwakili oleh Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Naib Canselor UUM, YBhg. Professor Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Naib Canselor UiTM , YBhg. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah dan Timbalan Rektor Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan IIUM, YBrs. Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef. MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu.


MoU ini dilihat sebagai usaha memperkukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan bersama agensi pendidikan di negara kita. Ia bertujuan memacu kemajuan I-KPKT sebagai sebuah institut latihan di bawah KPKT yang memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan kepada pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan di seluruh negara.