Pelaksanaan Sandbox Programme : Kursus Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif Untuk Kakitangan Teknikal Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah
Kursus Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif Untuk Kakitangan Teknikal Jabatan Perancang Bandar Dan Wilayah Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 27 – 29 januari 2026 bertempat di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. Seramai 19 orang pegawai, khususnya kakitangan teknikal Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah,telah menghadiri kursus ini yang bertujuan untuk memperkasa kemahiran serta meningkatkan kompetensi pegawai dalam penggunaan AI tools .
I-KPKT berharap agar ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan secara berkesan dalam usaha memperkasa bidang perancang bandar,seterusnya memantapkan ekosistem kerja lebih efektif dan kompeten. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan dan dikembang ke bidang-bidang yang lain.

