Piagam Pelanggan

  • Menyedia dan mengedar kalendar latihan tahunan pada minggu pertama bulan Disember bagi program latihan untuk tahun berikutnya.
  • Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta yang dipilih sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh kursus bermula.
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) program latihan setiap bulan.
  • Memastikan perkhidmatan sokongan seperti makan, dewan kuliah dan tempat kursus mendapat skor purata tidak kurang daripada skala 4.0 berdasarkan borang penilaian kursus yang disediakan.
  • Memastikan maklumbalas pertanyaan mengenai kursus dan latihan dalam tempoh tidak lewat dari satu (1) hari bekerja.
  • Memastikan maklumbalas aduan mengenai kursus dan latihan dalam tempoh tidak lewat dari satu (1) hari bekerja.