PENGENALAN

Pusat pengajian kerajaan tempatan merupakan pusat yang menumpukan kepada pembangunan latihan dan kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Malaysia selaras dengan Pelan Tranformasi PBT yang merupakan matlamat KPKT terhadap PBT di Malaysia. Pelaksanaan latihan meliputi penyampaian maklumat berkaitan dasar dan garis panduan serta khidmat nasihat kepada PBT berkaitan dengan keselamatan dan kestabilan bangunan, pelaksanaan program latihan berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang berkaitan dengan PBT, pemantapan dari segi undang-undang, dasar serta pekeliling berkaitan dengan keputusan jemaah menteri dan MNKT untuk diterimapakai oleh PBT secara seragam serta juga menyediakan dan memberi latihan kepada sistem maklumat berkomputer bagi tujuan pelaksanaan oleh kerajaan tempatan.

SUB BIDANG

  1. Dasar/Polisi, Akta Dan Peraturan Kerajaan Tempatan
  2. Pengurusan Projek
  3. Teknologi Maklumat


Muat Turun
Nota
Lihat
Takwim