PENGENALAN
Pusat Pengajian Pengurusan Sisa Pepejal menyediakan latihan kepada semua Jurutera, Inspektor Kesihatan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Kesihatan, Pembantu Kesihatan Awam, Pembantu Tadbir dan Pembantu Awam di agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan bidang pengurusan sisa pepejal. Pusat pengajian ini menyediakan latihan secara teori dan praktikal berlandaskan hasrat menjadikan peserta yang hadir dari setiap agensi dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi untuk diaplikasikan di agensi masing-masing. Modul yang dicerapkan adalah berlandaskan kepada tugas hakiki selari dengan perkembangan semasa pengurusan sisa pepejal yang kian hari kian kompleks dan dinamik. Pendedahan teori dan sessi hands-on pengurusan sisa pepejal mampu meningkatkan lagi kualiti pengurusan sisa pepejal selari dengan keperluan dan kehendak semasa.
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada anggota PBT dan lain-lain agensi yang berkaitan mengenai pengetahuan kejuruteraan tapak pelupusan sisa pepejal.
- Pemahaman aspek-aspek teknikal yang perlu diberi perhatian dalam memilih kaedah sesuai bagi teknologi yang diadaptasi.
- Perkongsian maklumat berkenaan teknologi hijau pada masa akan datang.
- Mewujudkan jaringan rangkaian antara peserta yang hadir supaya dapat bertukar-tukar pengalaman dan cara bekerja antara satu agensi PBT dengan yang lain.
- Memastikan peserta mahir dalam menguruskan sesuatu projek. Ia merangkumi peringkat pentadbiran kontrak, pembinaan, pra kontrak dan peringkat selepas projek.
- Mewujudkan warga kerja teknikal yang kompeten dan berkemahiran mengikut disiplin masing-masing dalam menguruskan projek.
- Berkongsi kaedah dan teknologi terkini yang praktikal di dalam pengurusan sisa pepejal Negara.
- Menghayati polisi dan perundangan terkini di dalam pengendalian pengurusan sisa pepejal Negara.
- Mendapat pendedahan secara hands on pengendalian teknologi terkini pengurusan sisa pepejal Negara daripada operator atau pihak yang terlibat.