Visi
Pusat Kecemerlangan dalam Bidang Latihan, Rujukan dan Khidmat Nasihat bagi aspek Perancangan Fizikal, Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar yang mampan bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembangunan penempatan manusia yang memenuhi sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Misi
Membangunkan modul dan melaksanakan program latihan bersistematik ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti selaras dengan wawasan negara.
Berperanan sebagai pakar rujuk dan khidmat nasihat dalam bidang perbandaran, perumahan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta Pengurusan Kerajaan Tempatan.
Menyelaras dan mengendalikan taklimat mengenai Akta, Undang-undang kecil dan Peraturan-peraturan serta Dasar/Polisi semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.