Ekosistem Kondusif Sektor AWAM (EKSA) adalah penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S untuk memenuhi keperluan sektor awam.
   Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
   EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
   EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber ber- kaitan Persekitaran Kerja.
   EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat I-KPKT secara keseluruhan.
   Dalam usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif ja- batan melaksanakan aktiviti seperti Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal dengan pelaksanaan aktiviti gotong-royong secara berkala.

   MENAMBAHBAIK persekitaran tempat kerja.
   MENINGKATKAN kualiti kerja dan produktiviti semua warga kerja I-KPKT.
   MENGURANGKAN pembaziran sumber, ruang, masa, kos dan tenaga.
   MENAMBAHBAIK budaya kebertanggungjawaban di kalangan warga I-KPKT.
   MENINGKATKAN semangat berpasukan.
   MENAMBAHBAIK imej korporat I-KPKT dan daya saing antara Jabatan demi mencapai visi dan misi.


Masih di dalam proses kemaskini