SOALAN LAZIM

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah sebuah pusat latihan awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berperanan untuk melaksanakan latihan mengenai penempatan manusia, persekitaran dan kualiti hidup, perancangan dan pengurusan bandar serta perkhidmatan perbandaran melalui kajian ke atas demografi, migrasi, sosio budaya, ekonomi, pembangunan teknologi, pengurusan, perubahan teknologi dan perkembangan semasa pentadbiran negara.

Kesemua penjawat awam termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) layak berkursus di I-KPKT.

Permohonan daripada agensi atau cawangan di bawah KPKT boleh dibuat melalui Sistem Latihan Bersepadu manakala Permohonan selain dari KPKT / Agensi Luar boleh dibuat melalui Portal MyTC.

Perhatian kepada peserta / urusetia kursus :
Sila patuhi peraturan permohonan penggunaan I-KPKT sebagai tempat latihan oleh agensi di bawah KPKT / agensi luar yang tertera di Laman Web I-KPKT.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan 2 minggu sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urusetia kursus yang berkaitan.

Bayaran bagi makan minum dan dobi mestilah dibuat secara Pesanan Tempatan (L.O) menggunakan syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT.

Urus Setia dikehendaki menghubungi syarikat yang disyorkan oleh I-KPKT bagi urusan pengeluaran L.O berkenaan. Satu salinan L.O bayaran kepada syarikat tersebut hendaklah diserahkan semasa menghadiri sesi taklimat urus setia untuk perhatian Pengarah I-KPKT. Maklumat berkenaan perkhidmatan dobi dan katering akan diberikan oleh pihak I-KPKT selepas permohonan diluluskan.