PENGENALAN
Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang menyediakan latihan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta penjawat awam dari sector/agensi awam berkaitan bidang Perundangan dan Penguatkuasaan khasnya untuk skim perkhidmatan Gred L dan KP. Pusat Pengajian ini memberi mereka pengetahuan, kemahiran, pendedahan dan latihan secara khusus teori dan amali bidang pengurusan Undang-Undang dan tatacara yang betul bidang penguatkuasaan PBT. Selain dari itu, pusat pengajian ini juga memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan tugas dan tanggungjawab pegawai di dalam menangani isu berkaitan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang PBT. Pendedahan sebegini akan membantu menyumbang kepada pengurusan yang cekap, lebih bersistematik, berintegriti, lebih kompeten serta efisyen dalam mengendalikan tugasan berkaitan amalan perundangan dan penguatkuasaan.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kefahaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran peserta kursus yang terlibat secara hands-on di dalam menjalankan peranan dan fungsi perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan, dan kawal selia perundangan.
- Mempastikan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang sentiasa berada pada tanda aras tinggi dan memuaskan hati Warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan PBT
- Memastikan setiap peserta kursus menggunapakai segala Akta/Polisi/Garis Panduan/Undang-Undang Kecil yang berkaitan demi memastikan tugas dilaksanakan mengikut klausa yang telah ditetapkan.