Perutusan Pengarah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) merupakan salah sebuah agensi dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Secara dasarnya, I-KPKT berperanan sebagai pembangunan latihan, pusat pengumpulan maklumat, pusat rujukan serta memberikan khidmat nasihat dalam bidang Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Urbanisasi, Pengurusan Landskap, Perumahan, Pemahaman Undang-undang dan Pengurusan Sisa Pepejal kepada pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi yang berkaitan dengan perumahan dan penempatan manusia. I-KPKT komited sebagai one stop centre kepada agensi-agensi berkepentingan yang bertujuan untuk membangunkan modal insan seterusnya memacu organisasi ke arah pembangunan holistik dan lebih berdaya saing bertepatan dengan Rangka Malaysia ke-11 yang menginginkan peningkatan pembangunan modal insan serta mentransformasikan perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti organisasi ke arah negara maju.

Diharapkan agar portal ini dapat memberi maklumat kepada umum berhubung dengan peranan dan tanggungjawab I-KPKT sebagai sebuah institusi one stop centre dalam pembangunan harta tanah di Malaysia dan antarabangsa.

Akhir kata, melalui program latihan yang berkualiti serta menjadikan I-KPKT sebagai one stop centre, ianya dapat mewujudkan modal insan yang produktif dan berdaya saing seterusnya dapat merealisasikan visi dan misi setiap organisasi perkhidmatan awam. Semoga kita diberi ruang dan peluang untuk bersua muka bagi mengeratkan silatulrahim di I-KPKT, Bukit Tinggi, Pahang.

Sekian, Terima Kasih kerana melayari portal kami.

Pengarah,
Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)