KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI PENGUATKUASA PBT 01 – 03 OKTOBER 2019

Melalui kursus ini peserta dapat mengukuhkan integriti dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai penguatkuasa dan membangun pelan tindakan diri untuk memastikan satu pasukan kerja yang berkesan dapat diwujudkan di PBT masing-masing. Barisan penceramah dan fasilitator terdiri daripada Pegawai Jabatan Integriti dan Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah, fasilitator dan tahniah kepada para peserta kerana telah bersama-sama menjayakan kursus ini.