Bengkel Low Carbon City Framework

Responsive image
Bengkel Low Carbon City Framework

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap I-KPKT telah mengadakan Bengkel Low Carbon City Framework di I-KPKT pada 04-06 Februari 2020. Bengkel ini dipenuhi dengan sesi perkongsian ilmiah, pengalaman PBT dan sesi "sharing evaluation tips" bersama Green-Tech Malaysia, SEDA Malaysia, UTM Skudai, UPM Serdang dan PBT (MBMB, MPHTJ, MBPJ dan MPPG). Satu Resolusi telah berjaya dihasilkan hasil usaha para peserta dan telah dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Landskap Bandaraya Ipoh, LAr. Meor Abdullah Zaidi Meor Razali kepada YBrs. LAr. Meor Saadon Sofian Mior Razali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (mewakili Ketua Skim Perkhidmatan Landskap Awam Malaysia) pada 06 Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada semua penceramah, pembentang, moderator, fasilitator dan keurusetiaan utama bengkel ini.