
Bengkel Penilaian Keadaan Jalan (ROAD CONDITION ASSESSMENT) - Siri 1
Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan telah menjalankan Bengkel Penilaian Keadaan Jalan pada 18 hingga 20 Februari 2020. Bengkel yang telah dihadiri seramai 27 orang peserta ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman berkaitan penilaian keadaan jalan dan melatih peserta cara melaksanakan pemeriksaan kerosakan jalan dan kaedah kerosakan pembaikan yang berkesan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak IKRAM Paves Sdn Bhd selaku penceramah bagi bengkel ini dan kepada semua yang terlibat.