
Kursus Online : SEMINAR AMALAN IKTISAS LEMBAGA PENILAI PENTAKSIR, EJEN HARTANAH & PENGURUSAN BANGUNAN
Kursus ini telah diadakan pada 21 & 22 Julai 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.
Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi maklumat tentang syarat kelayakan mohon sebagai ahli BOVEA serta memberi pendedahan mengenai syarat dan kelayakan bagi tujuan TPC/ROE.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Encik Mohd Faizal Foad@Fuad (IPC Island Property Consultants Sdn Bhd) dan peserta-peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.