
Kursus Online : KURSUS PEMBANTU PENILAIAN: ASAS BANGUNAN
Kursus ini telah diadakan pada 11 & 12 Ogos 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.
Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas dan struktur bangunan kepada peserta. Selain itu, memberi maklumat mengenai keperluan lawat periksa dan memantapkan pengetahuan asas kepada pembantu penilaian mengenai konteks bangunan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Puan Nurulhuda binti Ali (UiTM Seri Iskandar, Perak) dan para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.