KURSUS PENGENALAN PEMBANGUNAN STRATA DI MALAYSIA (11-14 MAC 2019)

Kursus ini telah memberikan makluman mengenai asas, konsep pembangunan strata dan aplikasi di Malaysia. Melalui kursus ini juga peserta dapat meningkatkan kompetensi peserta melalui perkongsian isu dan masalah serta pendekatan dalam melaksanakan tugas berkaitan pembangunan strata. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Tuan Shahril bin Omar (Majlis Perbandaran Kajang), barisan fasilitator Puan Nurulhuda dan Puan Siti Fairuz (UiTM Seri Iskandar, Perak) serta peserta-peserta kursus di atas sumbangan dalam menjayakan kursus ini.