Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai Akta 341 bertujuan untuk membuat peruntukan yang perlu bagi Jabatan Perkhidmatan Bomba berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengannya. Peserta mampu mengadaptasi dan mengaplikasikan ilmu untuk meningkatkan perkhidmatan agar lebih cekap dan efisyen. Jutaan terima kasih kepada barisan penceramah iaitu Tuan Syafiq bin Hashim (BUU, KPKT), Tuan Mohd Yasser (BUU,KPKT), Tuan Che Alhafizol bin Che Ismail ( BOMBA, Putrajya ) dan Puan Anom Faizura binti Mohd Hizam (BOMBA, Putrajaya) serta para peserta kerana telah bersama-sama menjayakan kursus ini.