
"PEMAJUAN DI ATAS LOT-LOT KECIL @ LOT LIDI - PENGALAMAN PBT" diadakan pada 01 Ogos 2019 yang dipengerusikan oleh Encik Nor Mazlan Bin Mohd Yunus. Objektif bicara santai ini ialah sebuah platform yang akan mengupas isu-isu semasa berkaitan dengan perancangan, pembangunan, warisan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti bersama panel jemputan yang berpengalaman di dalam profesion masing-masing. Dijalankan secara santai agar ia menjadi lebih bersahaja dan padat dengan isu-isu semasa yang dikupas berdasarkan ilmu dan pengalaman. Terima kasih diucapkan juga kepada 3 ahli panel iaitu Tuan haji Hamzah dari Majlis Perbandaran Kulim, Encik Eddy @ Ismail Hashim dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Puan Norashikin dari Majlis Perbandaran Batu pahat yang sama sama menjayakan program ini. Semoga semua peserta mendapat manfaat dari program yang dijalankan ini.
Slide / Nota Penceramah
Pemajuan Di Atas Lot Kecil @ Lidi -Pengalaman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Pemajuan Lot-Lot Kecil (Lot Lidi)di Kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)