PROGRAM OFF CAMPUS ANJURAN I-KPKT DI IKWAS, KLUANG JOHOR

Pada 19 hingga 21 Ogos 2019 I-KPKT telah berjaya menganjurkan 3 kursus di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor Darul Takzim secara pendekatan Off-Campus. Kursus-Kursus ini juga dilaksanakan secara usahasama I-KPKT Bersama BPemb KPKT, IKRAM dan PALMA. Demi kelestarian alam sekitar selaras dengan intipati Local Agenda 21 ke arah negara mampan, buat julung kalinya kursus Off-Campus ini tiada disediakan bekalan botol plastik air mineral. Kesemua peserta dan urusetia membawa botol minuman masing-masing dan menggunakan bekalan air minuman tapisan yang disediakan oleh pihak IKWAS. Syabas diucapkan.

Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
  1. Bengkel Landscape Plan Submission - anjuran bersama PALMA
  2. Bengkel Road Condition Assessment – anjuran bersama IKRAM
  3. Bengkel Pengurusan Kontrak dan Pengurusan Kontrak Kerajaan – anjuran bersama BPemb KPKT

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para barisan penceramah /fasilitator, keurusetiaan IKWAS dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.