Simposium Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan

Sebagai penutup tirai 2019, I-KPKT telah menganjurkan Simposium Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan dengan tagline “Ke Arah Pemerkasaan Pemuliharaan Bangunan Usang Sebagai Aset PBT” telah berjaya mengumpulkan seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada perancang bandar, arkitek, konservator, ahli akademik dan para pelajar IPT..Sebanyak 16 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan di dalam simposium ini yang dikendalikan oleh 4 moderator..di akhir simposium ini, satu resolusi telah dibentangkan oleh Pengarah I-KPKT yang mengandungi 6 intipati yang utama iaitu ; pemerkasaan warisan negara melalui penguatkuasaan perundangan, pelaksanaan pemeliharaan aset warisan negara berasaskan mekanisme terbaru dan berdayalaksana, menjadikan warisan itu sebagai roh dan jatidiri sesebuah kawasan atau lokasi, penglibatan komuniti dan pihak swasta di dalam melestarikan warisan negara, peranan PBT melalui penyediaan Rancangan Pemajuan, penguatkuasaan undang-undang, garis panduan, kaedah serta suntikan dana yang memberangsangkan untuk kesinambungan warisan negara dan yang terakhir ialah peranan ahli akademik di dalam membuat penyelidikan dan dokumentasi berkaitan dengan warisan negara. Semoga simposium ini memberi manafaat kepada semua peserta.

Kertas Kerja Simposium Kerajaan Tempatan Peringkat Kebangsaan

   Tema 1 - Pemerkasaan Pemeliharaan Aset Warisan Negara Berdasarkan Perspektif Perundangan

   Tema 2 - Pelaksanaan Pengurusan Aset Warisan Negara di Pihak Berkuasa Tempatan

   Tema 3 - Pemerkasaan Pemeliharaan Aset Warisan Negara Daripada Perspektif Ahli Akademik

   Tema 4 - Perkongsian Penglibatan di dalam Penyelidikan dan Pelaksanaan Projek-Projek Konservasi