Kursus Perancangan dan Pelaksanaan Kerja-Kerja Penilaian Semula Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia: Transformasi hasil PBT
Objektif kursus ini adalah untuk memberi informasi kepada peserta mengenai senario pelaksanaan semula, konsep dan kepentingan. Selain itu, bagi memberi pendedahan mengenai perundangan dan prosedur pelaksanaan penilaian semula kaedah atau konsep terkini yang dilaksanakan oleh PBT dan juga negeri.Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Encik Mat Razi Bin Mohd Zain (Majlis Perbandaran Sepang), Encik Razahidi Bin Abdul Hayet (Jabatan Kerajaan Tempatan, Bahagian Dasar Dan Pengurusan Strategik) dan Encik Abdul Haizul Faisal Bin Abdul Hamid (Majlis Perbandaran Kajang), fasilitator iaitu Datin Hajah Mudirah Binti Sharudin, Puan Asma Binti Senawi (UiTM Seri Iskandar) serta Encik Mohamad Haizam Bin Mohamed Saraf (UiTM Seri Iskandar) dan peserta-peserta kursus di atas sumbangan menjayakan kursus ini.