
Kursus Online : KURSUS PEMBANTU PENILAIAN: ASAS PENILAIAN
Kursus ini telah diadakan pada 19 Ogos 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.
Seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.
Kursus ini telah disampaikan oleh Pengarah I-KPKT iaitu Puan Nor Azalina Yusnita binti Abdul Rahman.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.