BENGKEL PENGURUSAN RISIKO DAN PENGAJARAN (LESSON LEARNT) DARI PEMBANGUNAN PROJEK

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 25 Ogos 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengenalan dan kesedaran tentang kepentingan pengurusan risiko dalam pelaksanaan projek KPKT seperti perumahan PPR.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Tuan Ar Haji Zamhuri bin Ramli dan para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.