KURSUS PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN STRATA (PENGUATKUASAAN COB)

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 08 September 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan strata di negara ini serta memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui peranan pesuruhjaya bangunan, isu dan cabaran pengurusan strata dalam bidang tugas sebangai COB.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Encik Shahril Bin Omar (Majlis Perbandaran Kajang) dan para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.