KURSUS PENGURUSAN STRATA: PERSPEKTIF PENGURUS BANGUNAN

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 22 September 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan strata di Malaysia. Selain itu bagi membantu meningkatkan kefahaman peserta dalam pembangunan strata dari perspektif perundangan dan meningkatkan kompetensi peserta dalam melaksanakan tugas berkaitan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Sr. Fadzri bin Md Jaafar (UM Land) dan para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.