LANDSCAPE ARCHITECTURE PARADIGM SHIFT: ADAPTING NEW NORMAL IN THE NEW NORM

Responsive image

Pusat Pengajian Pengurusan Landskap I-KPKT bekerjasama dengan Radio JKT KPKT telah mengadakan Sesi Bicara Bersama PBT dengan tajuk LANDSCAPE ARCHITECTURE PARADIGM SHIFT: ADAPTING NEW NORMAL IN THE NEW NORM pada 23 Julai 2020 yang lalu di konti radio JKT, KPKT, Putrajaya.

Sesi Bicara PBT(Slot: Hello PBT) ini adalah untuk memupuk pengetahuan serta memberi pendedahan kepada PBT dan masyarakat Malaysia memahami norma baru pengurusan landskap di semua Jabatan Landskap PBT ke arah membentuk halatuju dan perancangan strategik pengurusan dan pembangunan landskap negara khasnya PBT, melalui perlaksanaan pengurusan efisyen, rekabentuk mampan, rendah karbon dan lestari sejajar dengan hasrat SDG 11, 13, 15, 16 dan 17 dan selaras dengan pendekatan norma baru kehidupan manusia ekoran penularan pandemik virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

    Panel Jemputan adalah:

  1. LAr. Meor Abdullah Zaidi Meor Razali, Pengarah Landskap Bandaraya Ipoh
  2. LAr. Dr. Badrulzaman Jaafar, Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan
  3. Puan LAr. Puan Zanariah Kadir, Arkitek Landskap Kanan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.