
Kursus Online :VIRTUAL TOUR - PENGHAYATAN BUKIT BATU PAHAT SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN RENDAH KARBON DAERAH HULU SELANGOR
Pusat Pengajian Pengurusan Landskap I-KPKT bekerjasama dengan Radio JKT KPKT telah mengadakan Sesi Bicara Bersama PBT dengan tajuk VIRTUAL TOUR - PENGHAYATAN BUKIT BATU PAHAT SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN RENDAH KARBON DAERAH HULU SELANGOR pada 25 Ogos 2020 di konti Radio JKT, KPKT, Putrajaya.
Sesi Bicara PBT (Slot: Hello PBT) ini adalah untuk memupuk pengetahuan dan memberi pendedahan kepada PBT dan masyarakat Malaysia memahami kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan udara persekitaran bumi ke arah sifar karbon melalui penanaman pokok, pengekalan kawasan hijau/lapang, pengwartaan dan pembinaan taman awam serta pemeliharaan kawasan eko-pelancongan/sejarah demi kelestarian sejagat sejajar dengan hasrat SDG 11, 13, 15, 16 dan 17 ke arah bandar dan penempatan rendah karbon.
Ia juga berkait rapat dengan ‘Norma Baru’ kehidupan manusia ekoran penularan pandemik virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
- Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti Putra Malaysia dan merangkap Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan
- Tuan LAr. Mohd Fadhil Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap Majlis Daerah Hulu Selangor.
Panel jemputan terdiri daripada: