Kerja lapangan bagi kursus ini telah berlangsung pada 16 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 46 orang peserta dari agensi-agensi kerajaan dan PBT seluruh Malaysia. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada PLANMalaysia @Selangor. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan proses dan penggunaan Drone di dalam melaksanakan perancangan fizikal. Melalui kursus ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan penggunaan Drone dalam perancangan fizikal di masa akan datang serta memanfaatkan penggunaan UAV dalam mencerap maklumat.
