KURSUS PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENILAIAN SEMULA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (25-28 MAC 2019)

Kursus ini telah memberikan informasi dan pendedahan kepada peserta mengenai senario pelaksanaan penilaian semula, konsep dan kepentingan yang dilaksanakan oleh PBT dan juga negeri. Melalui kursus ini juga peserta dapat berbincang dan berkongsi mengenai isu dan cabaran serta perancangan dan penyediaan kertas kerja bagi permohonan kelulusan pelaksanaan penilaian semula. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah iaitu Tuan Abdul Haizul Faisal (Jabatan Penilaian Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kajang) dan Tuan Dr Hj Soeb bin Pawi (Majlis Perbandaran Kulai), barisan fasilitator Puan Hajah Mudirah, Puan Asma, Encik Haizam (UiTM Seri Iskandar, Perak) serta peserta-peserta kursus di atas sumbangan dalam menjayakan kursus ini.