KURSUS PEMANTAPAN PERKAITAN PERUNDANGAN ISLAM DI PBT 18-20 MAC 2019

Melalui kursus ini peserta dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan teori dan amali berkenaan pengurusan dan pentadbiran kes-kes Syariah PBT berlandaskan enakmen syariah negeri. Kursus ini juga dijalankan secara “hands-on” ke Penjara Bentong bagi tujuan perkongsian ilmu kepada para peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah dan fasilitator iaitu Dr Mohammed Fairooz (Universiti Islam Malaysia), Tuan Nik Bukhari Hashimy (Bahagian Undang-Undang, KPKT) dan Tuan Mohd Abu Hassan (Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah) dan peserta kerana telah bersama-sama menjayakan kursus ini.