Kursus ini diadakan secara off campus dan telah menjemput penceramah yang pakar dalam Bandar Pintar dari Iskandar Regional Development Authority (IRDA), PLANMalaysia@Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan juga dari ANZplanners. Kursus kali ini juga mendapat kerjasama daripada pihak IRDA dalam sesi lawatan tapak pada 11 April 2019 di Inneonusa Sdn Bhd dan syarikat Ditrolic Solar. Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj. Nor Sallehi dari PLANMalaysia yang membentangkan kertas kerja pertama yang bertajuk Pengenalan Konsep Smart City. Dr.Siti Muhaza Bt Sheikh Zainal dari Bahagian Dasar dan Inspektorat, KPKT yang membentangkan kertas kerja kedua bertajuk Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, TPr. Hj. Mohd Nazri Bin Jaafar dari ANZ Planners Sdn Bhd yang membentangkan kertas kerja ketiga bertajuk Perkongsian Pengalaman Lawatan penandaarasan Smart City, Puan Nurfaeeza Saleha dari PLANMalaysia@Johor yang membentangkan kertas kerja ke empat bertajuk Draff RKK Kulai-Sedenak 2025, Puan Maimunah dari IRDA yang membentangkan kertas kerja kelima bertajuk Pengalaman Pelaksanaan konsep Pembangunan Smart City, Puan Chew Lee Ting dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang membentangkan tajuk Pengalaman Pelaksanaan konsep Pembangunan Smart City serta memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan kursus ini.