KURSUS REKABENTUK DAN PEMBINAAN TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL ( 19 – 21 Mac 2019 )

Kurusus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan kejuruteraan tapak pelupusan sisa pepejal mengenai pemahaman aspek-aspek teknikal yang perlu diberikan perhatian dalam memilih lokasi, kaedah pencegahan,kaedah pembinaan dan kaedah penyelenggaraan. Selain itu, peserta juga didedahkan tentang rekabentuk dan pembinaan sesebuah tapak pelupusan dan mengetahui tentang teknologi yang digunakan. Jutaan terima kasih kepada penceramah yang memberi pencerahan tentang kursus tersebut iaitu Puan Siti Norain Binti Abdullah ( Bahagian Sisa Binaan SWCORP HQ ) dan Encik Mohd Safrizal Bin Umar ( Bahagian Fasiliti SWCORP HQ ). Pihak Kami Juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd ( Tapak Pelupusan Bukit Tagar ) kerana memberi kebenaran dan memberi pendedahan tentang tapak pelupusan sewaktu lawatan di Bukit Tagar.