KURSUS KAJIAN KOMPOSISI SISA PEPEJAL ( 2 – 4 APRIL 2019 )

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan kepada peserta mengenai komposisi sisa pepejal yang terdapat di dunia terutama di Malaysia dan bagaimana untuk mengira peratusan sisa pepejal yang sudah diasingkan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kajian komposisi sisa pepejal ini dengan mengasingkan sisa dengan mengikut jenisnya. Jutaan terima kasih kepada Penceramah iaitu Encik Khairul Irwan Bin Kalid dan juga fasilitator iaitu Encik Mohd Shukry Bin Shahidan dan Cik Nor Siti Aishah Binti Said daripada Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SWCORP HQ.