KURSUS ASAS PENGURUSAN PROJEK DAN PENTADBIRAN KONTRAK UNTUK TAPAK PELUPUSAN ( 16-18 APRIL 2019 )

Kursus ini bertujuan memastikan peserta mahir dalam menguruskan sesuatu projek merangkumi peringkat pentadbiran kontrak, pembinaan, pra kontrak dan peringkat post projek serta mewujudkan warga kerga teknikal yang kompeten dan berkemahiran mengikut displin masing-masing. Selain itu, peserta dapat mengetahui tentang pengurusan projek dan pentadbiran kontrak apabila sesebuah tapak pelupusan tersebut diambil alih oleh kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tapak pelupusan. Jutaan terima kasih kepada penceramah iaitu Encik Afiz Bin Mohd Saupi dan Encik Mohd Safrizal Bin Umar daripada Bahagian Fasiliti SWCORP HQ dan juga Professor Madya Ir. Ts. Dr. Riduan Bin Yunus daripada (UTHM) kerana telah memberikan satu ilmu yang baharu dan baik kepada peserta.