Objektif pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan, kefahaman dasar serta polisi kementerian terhadap pengurusan kerajaan tempatan serta meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan fungsi Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pada 19 hingga 21 Ogos 2019 I-KPKT telah berjaya menganjurkan 3 kursus di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor Darul Takzim secara pendekatan Off-Campus. Kursus-Kursus ini juga dilaksanakan secara usahasama I-KPKT Bersama BPemb KPKT, IKRAM dan PALMA. Demi kelestarian alam sekitar selaras dengan intipati Local Agenda 21 ke arah negara mampan, buat julung kalinya kursus Off-Campus ini tiada disediakan bekalan botol plastik air mineral. Kesemua peserta dan urusetia membawa botol minuman masing-masing dan menggunakan bekalan air minuman tapisan yang disediakan oleh pihak IKWAS. Syabas diucapkan.
Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah seperti berikut:Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para barisan penceramah /fasilitator, keurusetiaan IKWAS dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.
Objektif pelaksanaan program adalah untuk memberi pendedahan, kefahaman dasar serta polisi kementerian terhadap pengurusan kerajaan tempatan serta meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan fungsi Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengetahuan peserta mengenai sisa pepejal binaan, sisa pepejal industri, sisa pepejal import dan juga sisa pepejal Domestik dan bagaimanana untuk menguruskannya. Peserta didedahkan tentang pengursusan sisa pepejal ammapan yang terdiri daripada sisa binaan, industri, import dan juga domestik untuk kefahaman para peserta. Ribuan terima kasih diucapkan dari pihak kami keatas penceramah yang sudi berkongsi Ilmu kepada peserta iaitu En. Muhammad Yusof Bin Ahmad dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalselia SWCORP, En. Shahrizal Bin Samat Pengarah Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal Domestik dan Pembersihan Awam SWCORP, En. Mohd Safrizal Bin Umar dari Bahagian Fasiliti SWCORP dan Puan Siti Norain Binti Abdullah dari Bahagian Sisa Binaan SWCORP.
Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari bermula 22 Julai 2019 hingga 24 Julai 2019 bertempat di I-KPKT dengan kerjasama dari Consultant BIP Studio yang sangat berpengalaman mengendalikan kursus Drone ini. Seramai 33 orang peserta dari seluruh PBT dan PLANMalaysia telah berjaya menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Kursus drone ini telah mengadakan lawatan tapak untuk mengendalikan drone secara "hands-on" di Padang jalan TRAS, Bentong Pahang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Bentong kerana membenarkan pihak I-KPKT menggunakan padang tersebut dengan percuma. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Husni Faiz dan Encik Mohd Die Shuhainie dari BIP Studio kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan Kursus UAV dan Drone kali ini.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta melatih pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Landskap di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kementerian yang berkaitan secara teori dan amali di dalam aspek pembinaan perincian landskap kejur khasnya pemilihan material senibina arca landskap.
Sesi lawatan tapak telah dijalankan dengan jayanya di sekitar Heritage Trail 2 (reka bentuk arca karektor kartun LAT) dan sekitar River of Life (ROL) Kuala Lumpur.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan LAr. Shahrullizam bin Abdul Rashid daripada Majlis Bandaraya Iskantar Puteri dan LAr. Puan Nor Azah Abdul Aziz selaku Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Landskap kerana telah memberi sumbangan sebagai penceramah dalam kursus ini untuk berkongsi ilmu dengan para peserta. Selian itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para fasilitator daripada Jabatan Pelaksana Projek dan Penyelenggaraan Bangunan, Bahagian Reka Bentuk dan Estetika Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam menjayakan sesi lawatan tapak.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai polisi-polisi kebangsaan yang berhubungkait dengan pengurusan sisa pepejal yang mampan dan lestari dan juga penguatkuasaan undang-undang. Ribuan Terima kasih kepada penceramah-penceramah yang sudi berkongsi ilmu dan maklumat iaitu Puan Rosmawati Binti Rabial Hashim darip Bahagian Undang-Undang SWCORP, Encik Muhammad Yusof Bin Ahmad dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia SWCORP, Puan Noor Azelia Binti Amer dari Bahagian Sisa Industri, Komersial dan Institusi dan juga Puan Siti Norain Binti Abdullah dari Bahagian Sisa Binaan SWCORP.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan dan melatih dan meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah penubuhan dan pengendalian pangkalan data, mewujudkan sistem notifikasi bagi penambahbaikan pengurusan tindakan bagi penyelenggaraan pokok, penyeliaan projek menggunakan perkakasan “drone” bagi tujuan pemantauan projek secara menyeluruh dan mengintegrasikan dengan Sistem Aduan Majlis (PBT) serta membangunkan aplikasi mobile untuk sistem. Sesi amali ini telah dijalankan dengan jayanya dan dalam tempoh 2 jam (9.00 pagi - 11.00 pagi) di sekitar perkarangan bas Genting Highland Premium Outlets. Terima kasih kepada barisan penceramah dan fasilitator dari Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Tuan LAr. Meor Abdullah Zaidi, Tuan LAr. Mohd Nazim, Puan Haminah, Cik Nurul Fateha, Encik Abdul Rasef dan Encik Mohamed Abu Abas.
Kursus ini telah memberikan informasi dan pendedahan kepada peserta berkaitan pelaksanaan dalam konteks konsep dan rekabentuk pembangunan dan pengurusan harta oleh PBT. Melalui kursus ini juga para peserta diberi galakkan pembangunan komuniti/masyarakat dalam kawasan PBT. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Dr. Hj Mohd Zaki Arif (UiTM Seri Iskandar), fasilitator iaitu Puan Siti Fairuz Che Pin dan Puan NurulHuda Ali (UiTM Seri Iskandar) dan peserta-peserta kursus di atas sumbangan dalam menjayakan kursus ini.
© Hakcipta Terpelihara 2025 .Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)