Kursus ini telah melaksanakan sesi "hands-on" di tapak praktikal. Peserta didedahkan tatacara dan amalan yang betul teknik penanaman pokok-pokok landskap. Sesi amali ini telah dijalankan dengan jayanya dan dalam tempoh 4 jam ( 9. 00 pagi - 1.00 petang) dikawasan sekitar I-KPKT. Terima kasih kepada Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Landskap iaitu Puan LAr. Nor Azah Abd Aziz atas sumbangan sebagai penceramah bagi kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak DBKL atas sumbangan pokok-pokok hiasan landskap.
Kursus Arborikultur Usahasama Strategik Perbadanan Labuan dan Pusat Pengajian Pengurusan Landskap I-KPKT dari 16-18 Januari 2019.
Alhamdulillah berlansung dengan jayanya dan memberi impak drastik dalam tempoh 4 jam di lapangan. Kursus ini dilaksanakan secara "hands-on" di tapak. Berbekalkan jentera, peralatan yang tepat serta amalan kerja yang betul dan selamat sebanyak 4 pokok spesis enterolobium saman/samanea saman (hujan-hujan) dan 5 spesis pokok pterocarpus indicus (angsana) telah diselenggara dahan dan "crown".
Sesi amali penyelenggaraan ini berjaya menghasilkan impak silara pokok yang sihat dan selamat. Jumlah peserta yang turut hadir dalam kursus ini adalah seramai 27 orang yang terdiri daripada kakitangan Perbadanan Labuan. Penceramah kursus ini ialah Encik Rosslan Yaacob CA PArM, Presiden Persatuan Arborist Malaysia.
Kerja lapangan bagi kursus ini telah berlangsung pada 16 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 46 orang peserta dari agensi-agensi kerajaan dan PBT seluruh Malaysia. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada PLANMalaysia @Selangor. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan proses dan penggunaan Drone di dalam melaksanakan perancangan fizikal. Melalui kursus ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan penggunaan Drone dalam perancangan fizikal di masa akan datang serta memanfaatkan penggunaan UAV dalam mencerap maklumat.
Kursus ini merupakan kerjasama strategik diantara Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan, I-KPKT bersama INTAN Sarawak dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Kursus yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2018 ini melibatkan seramai 25 orang peserta dari PBT dan pelbagai Jabatan Negeri Sarawak. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai PBT mengenai penyiasatan menggunakan kaedah fotografi forensik dalam keselamatan makanan. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan dan latihan mengenai penilaian tandas-tandas awam berdasarkan format penilaian tandas yang telah disedaikan.
Kursus ini merupakan kerjasama strategik diantara Pusat Pengajian Pengurusan Perumahan dan INTAN Sabah. Kursus ini telah melibatkan seramai 25 orang peserta dan ianya bertujuan untuk memberi pengetahuan, melatih serta meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang teknikal.
Bengkel Mock-Trial Kes PBT yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Julai 2018. Objektif kursus adalah memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tatacara pengurusan kes-kes mahkamah dengan latihan lakonan perbicaraan sebenar yang dijalankan di Mahkamah Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, KPKT.
Pendedahan dan kefahaman mengenai tatacara pengurusan kes-kes mahkamah dengan latihan lakonan perbicaraan sebenar
Penceramah adalah dari Bahagian Undang-Undang KPKT iaitu Puan Siti Sakinah Ibrahim dan fasilitator ialah Cik Siti Aina Rodhiah Binti Shikh Md. Saud serta penceramah dari Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata KPKT iaitu Tuan Roshan A/L Karthi Kayan dan fasilitator Encik Mohammed Khairul Fareez Hanafi.
Objektif kursus ini adalah untuk melatih peserta dalam proses reka bentuk hardscape daripada peringkat perancangan, pra-rekabentuk, reka bentuk dan perlaksanaan serta aplikasi dengan menggunakan teknik simenfero.
proses reka bentuk hardscape daripada peringkat perancangan, pra-rekabentuk, reka bentuk dan perlaksanaan serta aplikasi dengan menggunakan teknik simenfero
Kursus ini telah dihadiri seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai PBT dan agensi. Sesi amali ini telah dijalankan dengan jayanya di perkarangan I-KPKT dengan task pembuatan Kolam Ikan. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan fasilitator daripada Kompleks Penjara Bentong.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkenaan cara penyediaan, pembancuhan dan perlaksanaan proses amalan pembajaan yang tepat. Kursus ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai PBT dan agensi. Sesi amali ini telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Pemprosesan Sisa Taman dan Kompos jinjang Kuala Lumpur (MIG GREEN).
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai berkenaan cara penyediaan, pembancuhan dan perlaksanaan proses amalan pembajaan yang tepat
Terima kasih diucapkan kepada para penceramah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MIG GREEN diatas atas penerimaan kunjungan daripada peserta kursus ini.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta ilmu kitar dan guna semula bahan buangan serta melatih peserta dalam proses rekabentuk Taman Kecil daripada hasil buangan dan sisa boleh olah semasa sesi hands-on.
Kursus ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai PBT dan agensi. Sesi amali ini telah dijalankan dengan jayanya di persekitaran kawasan I-KPKT dengan menghasilkan TAMAN HERBA 4R I-KPKT.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan para fasilitator daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pertanian Serdang di atas sumbangan pokok-pokok herba bagi menjayakan kursus ini.
PENGENALAN
Institut Latihan Pembangunan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah berhasrat untuk menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan yang menyediakan maklumat berkaitan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai dasar-dasar semasa kerajaan yang secara langsung menyentuh pembangunan penempatan manusia dan kerajaan tempatan seperti Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan lain-lain.
OBJEKTIF
WAKTU PERKHIDMATAN
Hari
Waktu Perkhidmatan
Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu, Ahad, & Cuti Am
Perpustakaan Tutup
Waktu perkhidmatan selain daripada waktu di atas adalah mengikut keperluan dan atas permintaan pelanggan.
PERKHIDMATAN
© Hakcipta Terpelihara 2025 .Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT)