web_admin_iKPKT

web_admin_iKPKT

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 18 Ogos 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Kursus ini telah disampaikan oleh Pengarah I-KPKT iaitu Puan Nor Azalina Yusnita binti Abdul Rahman.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.

Friday, 02 October 2020 02:03

KURSUS PEMBANTU PENILAIAN: ASAS BANGUNAN

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 11 & 12 Ogos 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas dan struktur bangunan kepada peserta. Selain itu, memberi maklumat mengenai keperluan lawat periksa dan memantapkan pengetahuan asas kepada pembantu penilaian mengenai konteks bangunan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Puan Nurulhuda binti Ali (UiTM Seri Iskandar, Perak) dan para peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.

Responsive image

Kursus ini telah diadakan pada 21 & 22 Julai 2020 secara dalam talian. Kursus ini telah menggunakan aplikasi Skype for Business (SFB) sebagai medium perantaraan antara penceramah dan peserta.

Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PBT seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi maklumat tentang syarat kelayakan mohon sebagai ahli BOVEA serta memberi pendedahan mengenai syarat dan kelayakan bagi tujuan TPC/ROE.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah iaitu Encik Mohd Faizal Foad@Fuad (IPC Island Property Consultants Sdn Bhd) dan peserta-peserta kursus di atas kerjasama menjayakan kursus ini.

Monday, 13 July 2020 03:15

Industrialised Building System (IBS)

Responsive image

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sistem binaan berindustri (IBS), pengenalan, CITP, polisi kerajaan dan kepentingan IBS di dalam industri pembangunan dan ke arah pembangunan mapan.


   Nota Kursus Online : Industrialised Building System (IBS)

   Rakaman Video Kursus Online

Wednesday, 11 March 2020 04:12

Kursus Perundangan Kontrak

Responsive image
Kursus Perundangan Kontrak

Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang telah menjalankan Kursus Perundangan Kontrak pada 03 hingga 05 Mac 2020.Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan melatih peserta secara teori dan amali kaedah asas pengenalan kepada kontrak kerajaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sr Tuan Nik Zainal Alam bin Hasan selaku penceramah bagi kursus ini dan kepada semua yang terlibat.


   Nota Kursus Perundangan Kontrak

Responsive image
Kursus Master Gardener - Modul 1, Penanaman Dan Penyelenggaraan Pokok Ameniti

Kursus Master Gardener Modul 1 – Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok Ameniti telah diadakan dari 02 - 04 Mac 2020. Terima kasih kepada barisan penceramah daripada Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perkongsian ilmu bersama peserta. Terima kasih juga kepada Jabatan Pertanian Serdang (DOA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas sumbangan pokok-pokok landskap bagi latihan amali.
“Efficiency in smart partnership always links to positive networked strategy and saving government money” - Terima kasih DOA dan DBKL.

Responsive image
Bengkel Pemantapan Profesyen Arkitek Landskap Awam sejajar dengan Hasrat IFLA 2020 (Bengkel Hala Tuju Pengukuhan Arkitek Landskap 2020-2030)

Objektif bengkel ini adalah untuk membentuk halatuju dan perancangan strategik (way forward) profesyen Arkitek Landskap Malaysia ke arah pembangunan landskap negara, khasnya PBT melalui perlaksanaan rekabentuk mampan, rendah karbon dan lestari sejajar dengan hasrat Sustainable Development Goals (SDG) serta misi IFLA 2020;
“For the first time in the history of IFLA, the IFLA 2020 World Landscape Architects Summit will play a leading role in formulating and creating landscape architecture-based solutions, for a brighter future” – IFLA 2020

Responsive image
Kursus Master Gardener Modul 2 - Penilaian Tahap Risiko Pokok Ameniti Merangkumi Kawalan Penyakit dan Perosak

Kursus Master Gardener Modul 2 - Penilaian Tahap Risiko Pokok Ameniti Merangkumi Kawalan Penyakit dan Perosak telah diadakan dari 18 – 20 Februari 2020. Seramai 39 orang peserta dari 15 PBT menghadiri kursus ini. Terima kasih kepada barisan penceramah dan fasilitator daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia MOA. Terima kasih juga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesudian menjadikan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur sebagai “Test Plot” bagi latihan amali.

Responsive image
Bengkel Penilaian Keadaan Jalan (ROAD CONDITION ASSESSMENT) - Siri 1

Pusat Pengajian Kerajaan Tempatan telah menjalankan Bengkel Penilaian Keadaan Jalan pada 18 hingga 20 Februari 2020. Bengkel yang telah dihadiri seramai 27 orang peserta ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman berkaitan penilaian keadaan jalan dan melatih peserta cara melaksanakan pemeriksaan kerosakan jalan dan kaedah kerosakan pembaikan yang berkesan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak IKRAM Paves Sdn Bhd selaku penceramah bagi bengkel ini dan kepada semua yang terlibat.

Responsive image
Bengkel Teknik Penyiasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan

Pusat Pengajian Pemahaman dan Penguatkuasaan Undang-Undang telah menjalankan bengkel Teknik Penyiasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan pada 18 hingga 20 Februari 2020. Bengkel yang telah dihadiri seramai 48 orang peserta ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta dalam aspek kemahiran melaksanakan tugas sebagai pegawai penyiasat di dalam sektor kerajaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Chow Siang Kong dari Bahagian Undang-Undang, KPKT selaku penceramah bagi bengkel ini dan kepada semua yang terlibat.


   Nota Bengkel Teknik Penyiasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Kerajaan

Page 3 of 9